Setelah sebulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pelbagai gelagat serta kejadian yang dapat kita saksikan. Namun begitu, masih lagi terdapat warga Malaysia yang berdegil dan didapati keluar rumah atas urusan yang tidak berapa penting. Selain itu, ada juga yang masih tidak mengamalkan penjarakan sosial (social distancing).
Malah, ada yang melawan perintah arahan pihak berkuasa dengan bertindak agresif terhadap pasukan polis. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Tetapi apakan daya, bila melibatkan kemanusiaan macam-macam perkara boleh berlaku. Dengan itu, jenama-jenama besar seperti Apple, Astro dan sebagainya telah melakukan pelbagai inisiatif dengan menyediakan perkhidmatan untuk pengguna semasa tempoh PKP ini. Sebagai contoh, Astro, iaitu syarikat penyiaran terbesar di Malaysia menawarkan tontonan semua saluran percuma tidak kira pakej yang dilanggan.
Ini salah satu inisiatif Astro untuk menemani dan menghilangkan rasa bosan rakyat Malaysia di rumah. Seterusnya, Apple, jenama yang tidak asing lagi di dalam pasaran gajet secara global juga melancarkan satu kemudahan untuk pengguna-penggunanya di mana mereka boleh access untuk mendapatkan web-based yang sahih tentang isu Covid-19 ini berdasarkan panduan CDC iaitu Centers for Disease Control & Prevention.
Di sini terdapat link untuk mengetahui lebih lanjut tentang info ini