Apple telah melancarkan versi terbaharu iOS 9.2.1 melalui iTunes yang membolehkan mereka untuk memulihkan iPhones dan iPads yang rosak akibat diservis oleh pihak yang tidak diiktiraf. Isu ini pertama kali timbul apabila Touch ID Home Button tidak dapat berfungsi selepas diservis oleh kedai yang tidak diiktiraf.

 

Apa Yang Perlu Anda Buat:

 

1. Tutup iTunes.

2. Unplug jika peranti anda sedang diplugkan ke komputer.

3. Pastikan anda mempunyai versi terkini iTunes.

4. Sambungkan peranti iOS anda ke komputer dengan kabel USB.

5. Buka iTunes dan pilih peranti.

6. Apabila kelihatan option Restore atau Update di iTunes, klik Restore.

7. Apabila kelihatan skrin Hello, ikuti langkah yang dipaparkan.

8. Jika peranti anda masih gagal berfungsi, hubungi Apple Support untuk pertanyaan.

 

Sumber: iClarified