Trafik di tengah tengah kota Kuala Lumpur baru-baru ini lumpuh apabila pemandu teksi melakukan protest secara besar-besaran di hadapan pusat membeli-belah Pavilion di sepanjang Jalan Bukit Bintang.

 

Uber KL

Protes yang dilakukan pemandu teksi di Jalan Bukit Bintang.

 

Protes berkenaan sebagai tanda membantah penggunaan aplikasi ride-sharing yang semakin popular dalam kalangan pengguna seperti Uber dan GrabCar.

 

Bantahan sedemikian bukanlah yang pertama kali dilakukan, kerana sebelum ini mereka juga pernah melakukan bantahan yang sama. Malah, protes seumpama itu juga turut berlaku di kebanyakan kota-kota besar dari negara lain seperti Jakarta dan London baru-baru ini.

 

Uber Jakarta

Jakarta hampir lumpuh sepenuhnya apabila protes sedemikian dilakukan di tengah-tengah kota.

 

The Telegraph UK telah membuat laporan yang mengumpulkan protes-protes yang dilakukan di seluruh dunia bagi membantah penggunaan aplikasi berkenaan.

 

uber-london-wednes_3458905k

Teksi terkenal London, The Black Taxi, semasa melakukan bantahan yang sama di London.

 

Apa pandangan anda tentang ini? Adakah anda menyokong atau menentang penggunaan aplikasi ride-sharing seperti Uber dan GrabCar ini?

 

Sumber: Malaysian Digest