Hari ini, terdapat lebih 2 BILLION pengguna telefon pintar di dunia, dan nombor ini dijangka akan terus bertambah. Telefon pintar, tablet, jam pintar, AI (yang macam Jarvis dalam filem Iron-Man tu) terus menjadi revolusi teknologi terbesar sejak kewujudan komputer dan internet beberapa dekad lalu.

 

Dan untuk 2016, menurut Appster, trend-trend ini dijangka akan menjadi hangat sepanjang tahun.

 

  1. Servis Berasaskan Lokasi (Location-Based Services)LBSPasaran LBS ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Perkhidmatan seperti Google Map, Waze, Uber, dan sebagainya semakin hari semakin popular. Malah, ia mula menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Gergasi teknologi seperti Apple dan Google antara yang melaburkan jutaan, malah billion dolar ke dalam sektor ini. 
  2. WearableWearablePasaran wearable mula memasuki pasaran sejak 2014, dan melonjak sehingga 700% peningkatan! Lebih banyak pengeluaran dan penjualan dijangka berlaku untuk tahun-tahun mendatang. Dianggarkan sejumlah 150 juta unit akan memenuhi pasaran menjelang 2019.Jam pintar, wristband, cermin mata Google, namakan sahaja apa, dan jangan terkejut jika ia menjadi kebiasaan satu hari nanti.

     

     

  3. Sosial MediaSocmedPada permulaan dunia sosial media, Facebook, Friendster, dan Myspace menjadi fenomena. Sejak itu, berbagai-bagai lagi sosial media baharu yang muncul. Dan kegilaan ini seperti tidak akan berhenti. Tahun demi tahun, kegilaan baru pula akan muncul. Siapa tahu sosial media baru apa pula muncul untuk 2016?

 

Untuk lebih banyak trend, boleh ketahuinya di sini.

 

Footer web