5597918732_7e4eae508e_o-2

 

Kebanyakkan sekarang semua nak pakai barang jenama Apple. Tak kira apa model, paling ketara iPhone. Hal ini kerana hardware dan software dia jauh lebih baik dari model jenama lain. Tak kurang juga yang guna hanya kerana jenama. Dan dari situ juga ada yang ambil kesempatan terjadinya penipuan antara penjual dan pembeli. Dan kerana itu juga saya sebagai juruteknik bidang ini, ingin berkongsi dengan anda tips sebelum membeli.

 

HARDWARE

 

Periksa setiap bucu/tepi body dan pastikan alignment screen dan body rata. Kalau ada dent atau calar sikit tu tak ada masalah, tapi cuba nego harga dengan seller.

Kemudian cek setiap butang tekan yang ada. Pastikan ia berfungsi dengan baik. Camera depan dan camera belakang periksa auto-focus dia.

Buat airplane mode dan tengok berapa percent % bateri turun dalam 10min. Jika tak ada penurunan yang drastik, tiada masalah. Cek juga charging port, lihat ada kesan tersumbat ataupun pin patah.

On kan assistive touch, cuba drag icon ke setiap penjuru screen dari atas ke bawah dan kiri ke kanan. Ini untuk tahu samada panel touch berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Buka contact dan pastikan background putih yang sekata, tiada pixel mati (background contact adalah putih, mudah untuk kesan colour tak sekata)

Masukkan simkad anda dan cuba untuk call out and in. Cek bunyi earspeaker dan buzzer. Pastikan semasa call, screen anda blank (cek proximity sensor). Cek coverage, mobile data dan wifi.

iphone-iphone6-colors

SOFTWARE

 

Pergi ke setting, tengok storage dan versi update.

Periksa nombor imei dan baseband, kalau 000000, jangan beli. Kalau update ia akan sangkut dekat itunes logo dan error – 1. Ini masalah motherboard kebiasaannya.

Cuba log in guna apple id sendiri, dan scan fingerprint anda. (untuk mengelakkan id lock dan fingerprint sensor failed).

Periksa satu persatu features model tersebut.

ios-iphone-ipad-activation-lock-1b

**Sejujurnya ini tidak cukup untuk mengetahui status model tersebut. Tapi secara amnya dapat mengelakkan penipuan semasa membeli.

 

p/s: Jangan terpedaya dengan harga yang murah, kerana ia akan membawa kepada permasalahan yang banyak dan kos yang tinggi.

 

336X280-B