Apple telah melancarkan iPhone terbaharunya, iPhone SE yang akan dijual bermula 31 Mac ini. Pengumuman ini, yang turut melancarkan iPad Pro, walaubagaimanapun menerima sedikit reaksi negatif daripada peminat iPhone kerana mereka mempersoalkan bahawa iPhone SE hanyalah versi terbaru iPhone 5s. Ini berikutan saiz 4 incinya yang agak kecil berbanding model-model iPhone 6.

 

iphone se

 

Melihat secara sepintas lalu, memang tidak dapat dinafi bahawa iPhone SE sememangnya mengingatkan kita kepada iPhone 5s yang datang dengan beberapa pilihan warna. Ini menyebabkan ramai yang melabel iPhone SE sebagai satu downgrade.

 

Adakah ianya satu downgrade?

 

Dengan kamera 12MP dan lain-lain features yang lebih menyerupai iPhone 6 berbanding iPhone 5, ia bukanlah satu downgrade. Sebaliknya, Apple mensasarkan keluaran terbaru ini untuk golongan yang lebih prefer peranti kecil. Seperti Sony yang keluar dengan model Compact untuk Xperia seriesnya (Z5 Compact) dan Samsung yang mempunyai lambakan peranti bersaiz kecil, semestinya Apple tidak mahu ketinggalan dalam market yang sama.

 

Bigger is not always better.

 

iphone se 3

 

 

iphone se 2