Sudah baca sepenuhnya artikel sebelum ini? Ada yang bajet-bajet terus jadi “Otai”? Haha takpe-takpe ilmu kena sharing. Jangan nak kedekut, hidup ini tak lama kan kan kan 😘 Ok, post ini adalah sambungan kepada Simple TROUBLESHOOT, iPhone (Part 1)

5. Wi-Fi Lemah/Tiada

  • Punca: software crash atau wi-fi antena rosak
  • Solusi 1: pergi ke Setting > General > About > Reset > Reset network setting
  • Solusi 2: Restore iPhone menggunakan iTunes pada laptop (download dulu fail ipsw iOS ya)
  • Solusi 3: periksa sambungan pada wi-fi antena (perlukan bantuan technician). Lakukan servis pada sambungan wi-fi antena. Sekiranya masih sama, cuba tukarkan dengan wi-fi antena yang baru dan pantau. Tapi jika sama juga, maksudnya ada masalah dengan board.

iPhone iPad Mac Specialist

6. iPhone Tidak Mengeluarkan Bunyi/Suara

  • Punca: loudspeaker rosak atau shorting pada charging port
  • Solusi 1: tukarkan telefon kepada mood pendering dan tekan butang volume. Sekiranya paparan yang keluar adalah dalam keadaan headphones cuba masukkan headphones dan keluarkan semula. Sekiranya paparan yang keluar selepas itu adalah deringan dengan petunjuk menaik atau menurun bermakna ada shorting pada kawasan audio jack. Sesetengah kes dapat diselesaikan dengan cara ini. Sekiranya masih berlaku masalah sama boleh ke solusi yang kedua.
  • Solusi 2: sekiranya paparan iPhone masih dalam keadaan headphones atau dalam keadaan dering tanpa petunjuk menaik atau menurun berkemungkinan terdapat masalah shorting pada lubang pengecas (charging port).

iPhone Stuck Apple Logo

7. iPhone Keluar Paparan Logo Apple (Apple Blinking)

  • Punca: bateri iPhone sudah lemah, software crash atau memori iPhone terlalu sedikit
  • Solusi 1: kebiasaannya apabila berlaku masalah Apple Blinking yang utama sekali perlu dilakukan adalah dengan meletakkan bateri baru. Sekirannya selepas meletakkan bateri baru iPhone berjaya masuk Menu paparan utama bermakna bateri yang lama sudah kong. Namun begitu, sekiranya selepas tukar bateri masih sangkut pada logo Apple boleh cuba solusi kedua 👇🏻
  • Solusi 2: keadaan begini selalunya adalah 50/50. Boleh cuba untuk melakukan restore iPhone dengan menggunakan iTunes pada laptop, tetapi semua data di dalam iPhone akan hilang dan pengguna perlu ingat Apple ID dan password (iCloud). Restore perlu dilakukan dengan cara Device Firmware Upgrade Mode (DFU Mode). Sekiranya berjaya iPhone akan berupaya untuk masuk semula ke menu paparan utama, tapi jika tidak berjaya akan ada keluar error code pada iTunes.

iPhone 7 Water Damage

8. iPhone Terkena Air (Water Damage)

  • tiada punca yang spesifik. Kes seperti ini lebih diklasifikasikan NOLT ‘Not Our Luck Today 😅 Wahai user-user sekali, janganlah tanya berapa kos nak baiki 😑 Petak bhaiii nak jawab 😂 Ini kerana, iPhone sudah totally infection. Dari luaran hingga ke dalam, dari touch screen ke motherboard. Jadi perlu check dari A to Z 😓 Selalunya kes masuk air, akan ada masalah susulan. Jadi soalan user, Pak Belalang je boleh jawab 😝 Saya boleh jawab selepas team saya sudah check keseluruhan 👍🏻
  • Solusi 1: segera OFF iPhone dan hantar ke bengkel untuk melakukan proses mencuci logic board (chemical cleaning logic board).  Sekiranya skrin tidak boleh disentuh untuk tutup iPhone, gunakan butang kuasa dan butang home, tekan kedua-dua butang serentak sehingga iPhone tertutup.
  • Solusi 2: sekiranya anda tidak sempat untuk menghantar ke kedai untuk membaiki pada hari yang sama, simpankan dulu ke dalam beras. Tetapi jangan lupa atau terlalu lama. Setiap logic board yang terkena air perlulah dicuci menggunakan Isopropyl Alcohol dan mesin Ultrasonic Cleaner dalam tempoh masa lebih kurang 24jam.

Chemical Clean

Ini baru sebahagian daripada masalah-masalah femes yang kerap team saya terima. Boleh cuba untuk lakukan sendiri secara mudah dan ringkas. Ianya mungkin berguna untuk user pada masa akan datang. 😇

iPhone iPad Mac Specialist