Sudah berapa tahun pakai iPhone? Up 2 tahun, anda layak dipanggil “Otai” or “King” dan jika kurang dari itu anda “Newbie”. Hahaha Tak kisahlah berapa lama anda menggunakan iPhone, semua sama sahaja. Kita adalah Apple User. Apa khabar dengan iPhone anda? Ada baik ke tak ada baik? Kalau baik-baik saja Alhamdulillah wasy syukrulillah. Kalau tak baik mari datang jumpa team saya, insyaAllah team saya akan cuba membantu.

Di sini, saya ingin memberi beberapa Simple Troubleshoot jika iPhone kesayangan anda gagal berfungsi.  Ianya juga untuk mengenalpasti masalah iPhone anda secara mudah. Anda jadi celik pandai dan tidak akan panik sekiranya jadi apa-apa masalah. Hanya ikut cara yang saya akan bagitahu di bawah nanti. Berikut adalah, pertanyaan atau masalah yang team saya kerap terima.

  1. iPhone Tidak Respon/Blank Tetapi Boleh Terima Call/Notification
    • Punca: software crash/memory low
    • Solusi: Reboot/restart iPhone
    • Cara: Sambung wayar pengecas dan tekan butang on/off dan butang home dalam lebih kurang 30 saat sehingga iPhone hidup semula dan keluar logo Apple.
  2. iPhone Tak Boleh Cas/Susah Nak Masuk Cas/Wayar Pengecas Susah Nak Masuk
    • Punca: ada habuk pada lubang pengecas, masalah pada wayar pengecas, atau masalah pada adaptor
    • Solusi: gunakan jarum/pin bersihkan lubang pengecas. Mesti ada banyak habuk, tisu, sampah dll. Kalau sama juga cuba tukar wayar pengecas yang lain dan cuba juga adaptor pengecas yang lain ataupun gunakan powerbank.
  3. iPhone Tak Boleh “On”
    • Punca: bateri atau lubang pengecas rosak, masalah skrin LCD atau masalah pada u2 IC (logic board)
    • Solusi 1: jika cas seharian tetapi iPhone masih tak boleh “on” juga. Cuba tengok dulu semasa cas ada or tidak keluar lambang bateri pada LCD? Kalau ada, kemungkinan itu masalah pada bateri atau Charging Dock rosak.
    • Solusi 2: dah cas, ada bunyi notifications, iPhone rasa panas tetapi tiada keluar apa-apa paparan. Cuba hard reset (guna cara no. 1), tetapi sama juga. Ini boleh jadi masalah pada LCD. Bawa datang jumpa team saya, team saya bantu.
    • Solusi 3: Dah buat no.1 dan no. 2, senang cerita iPhone senyap terus. Jaga-jaga ya, ini kemungkinan masalah paling worse iaitu  u2 IC (board). Ini perlukan pemeriksaan lebih teliti.
  4. Keluar Paparan “Accessories Not Supported”
    • Punca: kekerapan menggunakan fake cable, cas dalam kereta (lubang pencucuh rokok) atau ‘shorting’ pada charging dock.
    • Solusi: langkah awal cuba cas dengan menggunakan cable original yang lain dan pantau. Sekiranya okay, ini bermaksud kable yang lama ada masalah. Namun begitu sekiranya masih sama juga cuba tukarkan dengan charging dock yang baru dan kabel original yang lain. Berkemungkinan charging dock mempunyai shorting (berpunca daripada penggunaan fake cable atau cas mengunakan cas di dalam kenderaan). Tetapi sekiranya keluar lagi notifikasi yang sama, masalah datang dari logic board yang sudah short.

Sambung part 2…….

iPhone iPad Mac Specialist