apple-store

 

Apple hanya menguasai sebanyak 13.5% share dalam pasaran telefon pintar dunia, tapi itu tidak menghalang mereka untuk mencatat keuntungan sehinggan 94%!

 

Sekurang-kurangnya itu menurut sebuah laporan syarikat perkhidmatan kewangan, Cannacord Genuity. Samsung berada di tempat kedua dengan keuntungan sebanyak 11%. Kedua-dua ini membawa jumlah 105%, kerana kebanyakan pesaing mereka gagal mencatat keuntungan atau kerugian sebilangan wang.

 

BN-JI588_0712sm_P_20150712153525

 

Jumlah ini walaubagaimanapun mungkin tidak 100% tepat, kerana tidak mengambil kira penguasaan pasaran secara total dan kurangnya metrik yang boleh-dibandingkan untuk menilai tahap keuntungan setiap syarikat.

 

Namun itu tidak menafikan bahawa Apple sememangnya mencatat keuntungan yang besar dalam pasaran sepanjang 2015. Mereka juga dilihat untung besar apabila kebanyakan pesaingnya mengalami kerugian. Dan kemasukan model baru berskrin besar, iPhone 6/6S dilihat akan lebih membuka ruang kepada Apple untuk lebih menembusi pasaran.

 

SUMBER: http://www.businessinsider.my/apple-94-percent-smartphone-industry-profits-canaccord-genuity-2015-11/?r=UK&IR=T#6qlbVktlV0XwxisY.97

 

 

Footer web