3b61a72

 

 

Pasaran telefon pintar dunia telah berkembang sebanyak 13.0% tahun demi tahun pada tahun 2015 dengan 341.5 juta penghantaran dilakukan, menurut data daripada International Data Corporation (IDC), Worldwide Quarterly Mobile Phone Tracker.

 

Period Samsung Apple Huawei Xiaomi Lenovo* Others
2015Q2 21.4% 13.9% 8.7% 5.6% 4.7% 45.7%
2014Q2 24.8% 11.6% 6.7% 4.6% 8.0% 44.3%
2013Q2 31.9% 12.9% 4.3% 1.7% 5.7% 43.6%
2012Q2 32.2% 16.6% 4.1% 1.0% 5.9% 40.2%

Source: IDC, Aug 2015

*Motorola kini termasuk di bawah Lenovo

Android menguasari pasaran sebanyak 82.8%, manakala SAMSUNG terus kekal menjadi peneraju melalui tumpuan kepada telefon pintar mampu milik. Walaupun keluaran terbarunya, Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge tidak mendapat sambutan yang luar biasa, Samsung kekal meneraju pasaran melalui jualan modelnya yang lebih mampu milik terutama di pasaran Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Afrika.

APPLE terus menemui kejayaan baharu dengan pengenalan model yang berskrin besar, iPhone 6 Plus. Sebanyak 47.5 juta penghantaran dilakukan Apple terutama ke China memandangkan 4G baru yang lebih laju, perluasan pasaran, dan keinginan yang lebih tinggi terhadap model yang lebih canggih di sana telah membuka ruang kepada Apple untuk maju selangkah ke hadapan.

HUAWEI telah melonjakkan kedudukannya ke tempat ketiga dengan keluaran model yang meliputi semua option; high-end, medium, dan low-cost. Pasarannya juga lebih terbuka kepada negara lain selain China, yang membantu menambahkan nilai jualan. XIAOMI berjaya menempatkan diri berada di Top 5. Kejayaan ini menerusi pelancaran model Redmi 2A di China dan penerusan jualan yang memberangsangkan model-model Redmi 2 dan MI-4. LENOVO melengkapkan Top 5 dengan penjualan modelnya dan Motorola. Walaupun berjaya dengan strategi untuk menembusi pasaran, persaingan hebat daripada Huawei dan Xiaomi akan memaksa Lenovo untuk menyusun strategi yang lebih berkesan jika ia mahu menguasai lebih pasaran.

SUMBER: IDC

Footer web