Air_Conditioning_repair1. Angin panas (tidak sejuk) – Buka bonet kereta dan periksa gas tank dengan lihat tingkap di atas penapis gas air-cond (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas). Jika nampak buih, maksudnya gas masih ada. Ini bermaksud kerosakan bukan berpunca dari kebocoran. Hidupkan air-cond, perhatikan pula kipas di depan radiator kondenser.

Kipas

Kipas

Sekiranya kipas tidak bergerak, maksudnya kipas tersebut perlu di tukar. Andai kata kipas berpusing tetapi tidak laju, kipas tetap kena tukar juga. Seandainya kipas pusing laju tetapi air-cond masih tidak sejuk,  biarkan air-cond hidup dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas air-cond. Sekiranya nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas dari kompressor ke cooling coil elok. Besar kemungkinan masalah pada injap yang mengawal kemasukan gas ke dalam cooling coil telah tersumbat atau rosak.

Air conditioning

 

2. Tidak cukup sejuk – Masalah ini kebiasaannya berlaku pada kereta diimport sepenuhnya (CBU) kerana kereta import tidak mempunyai sun load yang begitu tinggi seperti di Malaysia atau selepas air-cond di service. Ianya bukan kerosakan, ianya masalah suis yang bertanggungjawab menghidupkan dan mematikan air-cond secara automatik. Minta mekanik laraskan suis ini.

21

 

3. Suis air-cond tidak berfungsi – Di sini masalah berpunca daripada suis yang mengawal air-cond ataupun injap yang mengawal gas masuk (expansion valve) ke cooling coil rosak yang menyebabkan gas yang berlebihan dan membuat cooling coil beku hingga menghalang pengaliran gas keluar. Akibat dari kerosakan ini, hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Seandainya perkara ini terjadi, matikan air-cond  untuk seketika (sehingga ais cair) dan laraskan thermostat  ke suhu yang kurang sejuk. Jika masih hadap masalah yang sama, injap ataupun suis air-cond perlu ditukar.

4. Air menitik – Berpunca dari sebab ketiga “3”.

5. Asap putih keluar – Berpunca dari sebab ketiga “3” juga. Asap putih adalah kotoran dan wap air terjadi kerana gas terlalu sejuk.

6. Air-cond berbau busuk – Ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin ataupun sistem air-cond sudah terlalu lama tidak di service sehingga menyebabkan habuk menjadi basah dan berkulat lalu mengeluarkan bau busuk. Perlu di ingatkan bahawa kes ini tiada warranty dari service provider.

7. Corong keluar air-cond berminyak – Cooling coil mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan lama kelamaan gas akan habis dan panas.

 

signboard mg