iphone-in-china

 

Kalau kita perasan, sejak kebelakangan ini, semakin banyak peniaga-peniaga online seperti Instashop, Facebook dan media-media sosial lain yang menjual iPhone pada harga yang murah, jauh lebih murah berbanding harga yang rasmi dari pengedar yang sah. Kalau harga rasmi iPhone 5s dijual pada harga RM2399, harga yang ditawarkan oleh peniaga online pula boleh jadi serendah RM 2099. RM 300 lebih murah! Bukan itu saja, kadang-kadang iPhone yang sudah ditamatkan pengeluarannya boleh pula dijual dalam bentuk set baharu.

 

Hebat, kan? Mesti rasa tertarik nak beli. Ada diskaun! Tapi pernah tak terfikir, macam mana peniaga peniaga ini tadi boleh jual lagi murah daripada pengedar rasmi? Mereka ini berkawan dengan Tim Cook, CEO Apple tu ke? Dah tu, iPhone yang dah tamat pengeluaran pun mereka boleh keluarkan dalam bentuk set baru. Ada kabel dalam kilang Apple ke? Terer betul.

 

o-APPLE-BEATS-570

 

Di sinilah sebenarnya datang istilah refurbished/recondition. Apa dia refurbished/recondition ni?

 

Penjual tidak mendedahkan samada iPhone yang dijual adalah betul-betul original atau sebenarnya refurbished/recondition. Nampak sama, tapi tak serupa. Dan mungkin mendatangkan masalah dari segi nak menebus waranti di Apple Malaysia yang mana model refurbished/recondition sememangnya tak diterima.

 

iPhone-Refurbished-650x573

Sumber gambar: Amanz.my

 

Melihatkan kes di atas ni, boleh nampak penjual pun sebenarnya tak tahu bahawa iPhone yang mereka jual sebenarnya bukan iPhone original. Mereka sendiri tak dapat pastikan/bezakan antara betul-betul 100% original atau sudah recon/refurbished. Jadi, pengguna yang tidak tahu pasti akan rasa tertipu.

 

Ya, iPhone recondition/refurbished bukanlah iPhone yang fake seperti iPhone China set. Bukan juga (body iPhone, dalam Android). iPhone recon/refurbished masih ada originalnya. Mungkin sebab itu penjual yakin bahawa iPhone tadi original.

 

Kenapa bukan fake? Sebab iPhone recon/refurbished ni sebenarnya masih original part motherboardnya. Jadi, iOS yang beroperasi di dalamnya adalah yang sistem yang masih sama seperti dalam iPhone yang original. Jadi, apa yang membezakan recon/refurbished dan original? Ya, selain motherboard, bahagian-bahagian lain seperti body, battery dan aksesori seperti charger dan earpod, semuanya tidak original. Mudah kata, untuk yang recon ni, dalam ori, luar tidak. Dan bahagian-bahagian yang tidak original ini sememangnya tidak ada warranty dari Apple Malaysia.

 

Sebenarnya, tak salah nak beli/jual iPhone yang recon/refurbished, tapi sebolehnya janganlah menyembunyikan fakta. Kalau recon/refurbished, bagilah tahu kepada pembeli. Sekurang-kurangnya pembeli tahu akan risiko yang mereka hadapi. Tidaklah nanti berkelahi bila nak claim warranty.

Jadi, untuk lebih selamat, belilah iPhone yang original. Apa lah sangat murah RM300-RM400 kalau tak tahan lama.

 

Footer web