andvsios

 

Mungkinkah pengguna iPhone boleh beralih arah kepada Android dengan lebih mudah selepas ini?

 

Jika berpandukan kepada laporan yang dipetik dari The Telegraph ini, situasi ini mungkin menjadi kenyataan. Ecosistem Apple buat masa ini dilihat ramai sebagai terlalu satu-hala dalam industri, termasuklah untuk operator dan syarikat telco. Ramai dari Kesatuan Eropah melihat Apple yang mencipta lock-in data sebagai mengekalkan pengguna yang terpaksa membeli iPhone lagi dan lagi.

 

iphone_6s_review_08

 

Lock-in data pula dilihat kurang ketat berbanding iOS kerana OS lebih mesra dan banyak digunakan di peranti lain. Persaingan antara peranti Android bermakna syarikat telco dan operator mempunyai kedudukan yang lebih kuat kerana dapat memberikan harga yang lebih kompetitif.

Ini berbeza dengan Apple kerana mereka satu-satunya pembekal untuk peranti iOS. Ini menjadikan keadaan sukar untuk pengguna bertukar dari satu platform kepada platform lain, terutama dari iOS kepada Android. Ini kerana Apple sudah melancarkan Move untuk memudahkan pengguna Android bertukar kepada peranti iOS pada September 2014.

 

Jadi, mengapa perlu Apple membina app untuk memudahkan pengguna mereka beralih kepada Android?

 

Menurut sumber, Apple telah bersetuju untuk membina satu tool ringkas untuk memudahkan peralihan ini terutama untuk contacts, music dan photos. Apple kemungkinan melihat ini sebagai satu usaha mengukuhkan Public Relation mereka supaya dilihat lebih mesra pengguna. Mereka juga melihat ini sebagai usaha untuk “mencuba iPhone” kerana lebih mudah berbanding sebelum ini.

 

Berita lanjut boleh dilihat diĀ sini.

 

Footer web