GPS Tracker (Kereta, motorsikal, lori mahupun bas)

Apa itu GPS Tracker? 🤔

GPS bermaksud Global Positioning System, dari menghuraikan satu satu huruf yang digunakan, kita dapat tafsirkan maksud tersebut. Global bermaksud seantero dunia, hal ini kerana GPS adalah penggabungan latitud dan longitud dunia yang secara langsung akan mendapat lokasi sebenar sesuatu objek. Jika ingin menulis tentang long-lat, letih ceritanya nanti chor 😅 Kita teruskan pada frasa yang kedua iaitu positioning. Posisi yang akan didapati adalah dari 24 satellite yang digunakan dan berputar selaju 7000batu/jam. System pula membawa maksud penggabungan position yang digunakan menggunakan lat-long yang ada di huraikan secara ringkas tadi.

Maksud GPS

Bagaimana GPS Tracker mampu membantu anda dalam aktiviti anda seharian?

Banyak kegunaan GPS Tracker untuk makluman anda. Untuk artikel ini saya akan ceritakan apakah itu Geo-fence. Geo-fence atau bahasa ibunda kita adalah pagar-geo aka memagar. Di dalam tracker platform, kita boleh melukis pagar untuk memberitahu bahawa kenderaan berada dalam kawasan yang selamat. Jika kenderaan melepasi pagar tersebut, satu notification akan timbul di platform sama ada dari komputer atau smartphone anda.

Selain daripada memagar kenderaan anda, geo-fence juga akan mencatat data keluar dan masuk kenderaan di dalam kawasan tersebut.

Sebagai contoh, kenderaan yang digunakan adalah untuk tujuan pembelajaran yang perlu hadir pada satu institusi pada masa masa yang telah di tetapkan. Setelah beberapa hari, platform akan mengeluarkan satu jadual atau laporan bertulis, keluar – masuk kenderaan tersebut dalam sesuatu tempat yang telah di pagarkan.

Implemetasi ini juga boleh digunakan kepada sebuah bas yang bergerak untuk mengambil penumpang secara berjadual dan boleh mengelakkan berlaku kelewatan kerana masa bas bergerak telah di catatkan.

Geo-fence

Seperti rajah yang tertera, syarikat terminal tracker telah memagarkan pejabat kami yang menyebabkan tiada staf yang lewat. 😭 Saya wakil dari staf terminal tracker sedih akan teknologi ini berada dalam kelompok kami, namun, gaji kami lebih berkat (bab masa) 😂

Itu adalah satu keburukan yang saya jumpa untuk ciri geo-fence ini. Semoga kita berjumpa lagi di penulisan yang akan datang ya.

ps : teknologi akan tetap hadir tidak kira kita lari sejauh mana.