Mahukan penerbangan yang terbaik? Atau mencari masa dan lokasi percutian yang sesuai?

 

GoogleFlights

 

Bergembiralah, kerana Google Flights, enjin pencarian yang menawarkan servis untuk penerbangan terbaik, sudah berada di Malaysia.

 

Jika anda sedang mencari destinasi, tarikh, atau masa yang spesifik, masukkan saja kata kunci yang diperlukan dan Google Flights akan mencari pilihan yang bersesuaian dengan kehendak anda. Tetapi apa yang lebih menarik adalah, Google Flights juga menyediakan pilihan tambahan yang mungkin menepati kehendak anda dengan pilihan carian seperti Beaches, Outdoor Recreation, Shopping, Nature, Sports, dan banyak lagi.

 

Carian ini akan dibuat berdasarkan kehendak yang sesuai dengana anda. Untuk maklumat lanjut, boleh layari web Google Flight.

 

Sumber: The StarĀ