_87846427_googleapple

 

Benarkah Google telah membayar Apple sejumlah wang yang sangat besar hanya untuk memastikan enjin cariannya kekal di dalam iPhone?

 

Menurut laporan Bloomberg, GOOGLE dikhabarkan membayar sebanyak US$1 bilion (RM4.237 bilion) kepada Apple Inc. Bayaran ini dibuat untuk menjadikan Google sebagai enjin carian utama di dalam iPhone.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen mahkamah dalam satu kes yang langsung tidak melibatkan Apple Inc. Sebaliknya ia merupakan satu kes antara Google dan Oracle Corp, tentang pembayaran perisian Java.

 

668-mrd-dollar-hochstwert-apples-borsenwert-a-L-1dfLUO

 

Dokumen berkenaan turut mendedahkan Apple menerima peratusan tertentu daripada pendapatan yang dijana oleh Google menerusi iPhone.

Jurucakap kepada Google dan Apple walaubagaimanapun enggan memberi sebarang komen tentang dokumen mahkamah itu.

Berkata maklumat ini dianggap sebagai “amat sulit” , Google menyifatkan terma spesifik perjanjian kewangan antara kedua-dua syarikat gergasi itu adalah sangat sensitif.

Sementara itu, laman web recode.net pada 2014 melaporkan Yahoo! turut mempunyai perancangan agar Yahoo! menjadi enjin carian utama iPhone dan iPad namun perancangan itu tidak diteruskan.

 

Sumber: Bloomberg

 

Footer web