Berita ini mungkin tidak berkait rapat dengan teknologi dan gadget, tetapi ini mungkin membawa satu revolusi besar ke dalam dunia sains. Dan siapa tahu, teknologi juga akan terkesan sama!

 

Einstein

 

Buat pertama kalinya dalam sejarah manusia, saintis berjaya mengesan gelombang graviti secara langsung. Ini mengesahkan teori Albert Einstein lebih 100 tahun lalu, dan penemuan ini sekaligus menjadi ujian terakhir terhadap teori kesinambungan (theory of relativity) yang dicipta Einstein.

 

Gelombang ini disebabkan oleh dua perlanggaran lubang hitam lebih satu billion tahun yang lalu. Dalam bahasa yang lebih mudah (untuk orang-orang yang tidak genius seperti kita), ini membawa makna bahawa alam semesta adalah terlalu luas untuk manusia kaji dengan teknologi yang kita ada sekarang. Oleh itu, gelombang graviti membolehkan masalah ini sedikit sebanyak dirungkaikan.

 

mod3_q6_2

 

Menurut teori 100-tahun Einstein itu, apabila dua objek besar di ruang angkasa berlanggar, graviti antara keduanya akan menghasilkan gelombang melingkari jarak dan masa. Dan memandangkan manusia berjaya menemukan gelombang graviti ini, maka ia dapat membantu kita menjawab persoalan dari mana ia datang.

 

Dunia penuh dengan misteri, bukan?

 

Sumber: USA Today

 

Footer web