Wifi Grey

Wifi Grey

Error kod berlaku apabila gadget ataupun motherboard tidak dapat berfungsi dengan baik. Banyak punca-punca yang boleh membuatkan error kod terjadi. Contoh adalah masuk air, salah cara restore/update, gadget jatuh, salah cara membaiki gadget dan dll.

Apabila error kod ini terjadi, diminta supaya user rujuk pada yang lebih pakar untuk membaiki gadget. Ini untuk mengelakkan dari user tertipu oleh peniaga ataupun spare part di tukar. Harus diingatkan bahawa nak membaiki motherboard bukannya mudah dan sekejap. Masa dan kepakaran main peranan dalam kes ini.

Jadi mari kita kenali maksud error kod yang sering terjadi pada iPhone/iPad.

Error 9

Error 9

 

Error Kod – 1, 1, 2, 3, 6, 16, 27, 1669

Umumnya, kod ini bermaksud kerosakan pada cip di kawasan baseband power atau baseband CPU. Jikalau gadget tidak dapat sebarang signal, keluar perkataan “Searching” jadi itu adalah masalah baseband. Walaupun sim kad ada di dalam gadget, gadget masih tidak dapat sebarang signal.

Error Kod – 4005, 4013, 4014

Masalah processor

Error Kod – 9, 14, 40

Apabila gadget tidak dapat berfungsi dengan baik, maka error di atas akan keluar. Contoh sesetengah masalah, error kod 14 keluar pada iPhone 5S. Paparan berwarna biru dan kerap restart dengan sendirinya. Berpunca dari salah membaiki gadget berkenaan seperti memasang skru salah ataupun terlebih ketat, akan menyebabkan kerosakan pada FCB (Flexible Circuit Board).

MidNight Garage 0192020464

 

Error Kod – 29

Bateri bermasalah. Cuba ganti dengan bateri baru. Pastikan bateri yang ditukar adalah original dan design capacity dia penuh. Bateri tiruan boleh diguna tetapi disebabkan output/input power tidak sama seperti original, ianya boleh mengakibatkan kerosakan pada processor ataupun power ic.

Error Kod -53

Bermula dari iPhone 5S sehingga gadget terkini, apabila tukar home button secara langsung error kod ini akan keluar. Ini bermaksud permasalahan pada fingerprint/Touch ID tidak dapat diguna sama sekali.

DFU Mode

DFU Mode

 

Error Kod – 56

iPhone 6 dan generasi yang terkini, akan keluar error kod ini jika kamera gagal untuk berfungsi. Ada juga sesetengah kes, kerosakan pada litar power data (motherboard) dan tidak ketinggalan juga berpunca selepas jailbreak.

Error Kod – 10

Kerosakan pada modul Wifi, modul kamera dan kesilapan memateri pada CPU.

Berikut adalah error kod yang sering terjadi pada gadget. Apabila perkara ini terjadi, boleh diberikan 50/50 keputusan untuk membaiki kerosakan ini. Senang cerita, apabila perkara ini terjadi hantarlah gadget pada pakar.

Provide Service For Apple & Computer

Provide Service For Apple & Computer