Umum mengetahui berkenaan kes mahkamah antara FBI dan Apple yang berlangsung di mahkamah Amerika Syarikat sekarang. Kes ini dibawa ke mahkamah bagi membantu mereka menyelesaikan kes membabitkan penembak rambang, Syed Rizwan Farook. FBI telah mengarahkan pihak Apple untuk “unlock” iPhone miliknya dalam usaha membantu siasatan serangan pengganas yang didakwa mereka dilakukan oleh Syed Rizwan Farook.

 

Olson

Ted Olson, peguam yang mewakili Apple Inc. (Foto LA Times)

 

Namun disebabkan tahap keselamatan dan privacy yang ditetapkan Apple, proses “unlock” atau menggodam iPhone seseorang pelanggan akan melanggar hak peribadi yang telah ditetapkan pihak Apple sendiri. Gergasi teknologi itu, melalui peguamnya, berkata mereka telah memberi kerjasama “menurut yang dikehendaki undang-undang” dalam siasatan tersebut.

 

Namun, mereka juga perlu ada sempadan had yang perlu dipatuhi agar janji mereka kepada pelanggan untuk tidak menceroboh hak peribadi mereka sentiasa dihormati. Melanggar semua ini “demi sebuah iPhone” akan menyebabkan jurutera dan tenagakerja kreatif mereka dimusnahkan sama sekali.

 

Pihak kerajaan melalui FBI cuba menjustifikasikan tindakan mereka dengan berkata, penggodaman ini hanya akan berlaku sekali sahaja dan untuk iPhone yang terbabit sahaja. Namun, Apple telah mendakwa bahawa membenarkan penggodaman itu akan menyebabkan berlakunya lebih banyak lompong untuk kes-kes pada masa akan datang.

 

Berita lanjut boleh dibaca di LA Times.