Itulah yang akan berlaku di The Gadget Show Live 2016, bakal berlangsung dari 31 Mac sehinggan 3 April 2016 di NEC, Birmingham.

 

Gadget Show Live

 

Karnival teknologi terbesar di Britain itu menjangkakan lebih kurang 75,000 pengunjung yang akan memeriahkan dan menghadirkan diri ke sana. Apa yang menariknya, karnival pada tahun ini akan menampilkan juga pengacara TV rancangan The Gadget Show yang akan merakamkan satu episod khas di karnival berkenaan. 4 ruangan menarik akan dibina untuk pengunjung; Better Life, Power Up, The Lab, dan The Arcade, untuk mereka terokai teknologi dalam persekitaran yang berbeza.

 

Mereka juga boleh mendengar sendiri ulasan terbaharu kepada gadget-gadget yang akan dipamerkan oleh pakar-pakar di Connect Theatre, dan melihat teknologi masa akan datang di Innovation Theatre.

 

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini menerusi Twitter @gadgetshowlive selain Facebook, Youtube, dan Instagram mereka.

 

Sumber: The Gadget Show Live

 

Footer web